Searching...

Get This

Thursday, October 9, 2014
5:59 PM 0

Pengebom Ada Kaitan IS??

Kuala Lumpur: Letupan bom yang mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan 13 individu lain di Bukit Bintang di sini, hari ini tiada sebarang kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebaliknya serangan bermotifkan dendam.
Walaupun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah bertindak tegas terhadap kegiatan IS di negara ini termasuk menangkap tiga rakyat kita yang cuba ke luar negara untuk menyertai kumpulan militan itu, siasatan awal mendapati insiden letupan bom itu berpunca daripada perselisihan faham. 
Polis juga mengesyaki serangan bom di hadapan sebuah pub di Sun Complex Off Jalan Bukit Bintang itu dilakukan oleh lebih daripada seorang pelaku. 

Dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sekumpulan lelaki melontar dua bom tangan mengakibatkan seorang joki kenderaan maut manakala 13 orang lagi cedera ketika pengunjungnya berusia 36 hingga 51 tahun mahu meninggalkan premis berkenaan.

Foto
ANGGOTA unit pemusnah bom bersedia meletupkan bom tangan kedua. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Bagaimanapun, sebutir bom yang dibaling itu tidak meletup mengelakkan lebih banyak kecederaan atau kematian dalam kejadian itu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Dr Gan Kong Meng, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira lima minit selepas kejadian. 

"Sebaik tiba di lokasi polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di situ cedera dengan seorang daripada mereka parah. 

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks berkenaan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini. 

Menurutnya, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan untuk mengenal pasti pelaku selain menyemak latar belakang mangsa untuk tindakan lanjut. 

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan dan Kakisan dan 302 Kanun Keseksaan. 

"Kita percaya bom tangan itu dibawa masuk dari negara luar," katanya memberitahu, sebutir bom yang tidak meletup ditemui di bawah sebuah kereta Toyota Camry diletupkan oleh unit pemusnah bom PDRM di lokasi kejadian, kira-kira jam 12.35 tengah hari ini. 



Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian letupan itu. 

"Saya akan meminta PDRM mengeluarkan kenyataan lengkap mengenainya selepas siasatan lengkap dilakukan. Saya fikir operasi dan siasatan kes akan diserahkan kepada polis," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan KDN, di Putrajaya.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...