Selamat hari lahir buat pelakon seksi, Izara Aishah yang ke-22 yang disambut lebih awal semalam di Pavilion Center Court, Kuala Lumpur. Majlis kejutan itu dianjurkan oleh syarikat SHISEIDO Malaysia di mana Izara ialah salah seorang duta produk mereka.
Walaupun sambutan tersebut cukup sederhana namun tetap membuat Izara beremosi dan menangis kerana tidak menyangka menerima penghormatan dari syarikat terbabit.
Dalam majlis hari jadinya, Izara memakai busana paras peha berwarna merah menyala dan agak ketat mengikut bentuk badannya. Ia menarik perhatian ramai media dan peminat yang turut sama hadir menyaksikan.
0 comments:
Post a Comment