Searching...

Get This

Monday, April 14, 2014
6:35 AM 0

Hak Milik Kotak Hitam MH 370

Kuala Lumpur: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kini berada di United Kingdom untuk berbincang bersama pakar dari Agensi Penerbangan Awam Antarabangsa untuk menentukan pemilik kotak hitam pesawat MH370 selepas ditemui nanti.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, ‎kata putus mengenai hak milik kotak hitam akan dibuat berdasatkan undang - undang antarabangsa dan domestik. 
Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengumumkan mengenai perbincangan itu selepas kotak hitam ditemui. 

Pesawat Boeing 777-200ER dimiliki Malaysia Airlines dan didaftar di Malaysia.

Ini memberi hak kepada Malaysia untuk melakukan siasatan dan memiliki serpihan yang ditemui, menurut undang-undang ICAO.

Namun, Malaysia meminta Australia mengetuai operasi mencari di selatan Lautan Hindi. 

Kapal Ocean Shield dengan penggunaan alat pengesan 'Towed Pinger Locator' berjaya mengesan dua isyarat yang konsisten dengan kotak hitam minggu lalu. 

Dua lagi isyarat dikesan di kawasan sama, Selasa lalu. 

Namun, tiada isyarat baru dikesan sejak itu dan pasukan mencari masih belum dapat menemui kotak hitam atau serpihan yang berkaitan dengan MH370.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...