Searching...

Get This

Thursday, March 20, 2014
6:16 AM 0

MH 370 :Pampasan Awal Dibayar

Kuala Lumpur: Penerbangan Malaysia (MAS) selaku pemilik pesawat penerbangan MH370 dan semua penumpang serta anak kapalnya sudah dibayar 100 juta Euro (RM456.7 juta) oleh syarikat insurans sebagai wang liabiliti awal.
Reuters memetik akhbar harian German, Handelsblatt yang melaporkan Allianz adalah syarikat insurans utama yang memberi perlindungan kepada pesawat berkenaan bersama beberapa syarikat insurans lain. 
Menurut laporan berkenaan, pembayaran itu dilakukan bagi menepati perjanjian yang ditandatangani dengan broker insurans, Willis dan ia selari dengan prosedur biasa dalam pasaran insurans.

“Ia obligasi syarikat insurans apabila sesuatu pesawat dilaporkan hilang,” kata laporan itu.
Foto
WARIS penumpang MH370 yang hilang tidak dapat menahan sebak ketika dia keluar dari dewan taklimat di sebuah hotel di Beijing, semalam.

Pesawat penerbangan MH370 yang hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac lalu itu membawa 12 anak kapal bersama 227 penumpang dari pelbagai negara.




0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...