Searching...

Get This

Sunday, November 3, 2013
2:24 PM 0

Misteri kereta melintang

Georgetown: Misteri kereta ditinggalkan dalam keadaan melintang di tengah jalan di kawasan perumahan Lebuh Mahsuri, Bayan Baru, di sini, semalam, terjawab apabila pemeriksaan mendapati ia mempunyai kesan tembakan serta dua bungkusan heroin.
Kejadian disedari penduduk pada jam 9 pagi yang mendapati kereta terbabit dalam keadaan mencurigakan dan mengganggu lalu lintas sebelum mereka menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, sepasukan polis yang bergegas ke lokasi kejadian menemui tiga kesan tembakan di bahagian belakang kereta dan satu di depan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui dua bungkusan heroin di bawah tempat duduk pemandu serta satu kelongsong peluru di bahagian penumpang depan.
Foto
POLIS memeriksa kereta yang ditingggalkan di kawasan perumahan Lebuh Mahsuri, Bayan Baru.

“Bagaimanapun, tiada kesan darah ditemui dan kereta rosak di but belakang, papan pemuka serta tayar belakang pecah, selain calar di pintu kanan,” katanya.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...