Seremban: Dua suspek yang baru dibebaskan dari penjara Ogos lalu kerana terbabit dalam kes pecah rumah didapati tidak serik apabila kembali aktif melakukan jenayah itu dan curi kenderaan dengan menubuhkan geng baru yang menyasarkan kediaman di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan negeri ini.
Bagaimanapun, kegiatan kumpulan dikenali Geng Arif Kecik itu lumpuh apabila kedua-dua suspek bersama dua wanita yang juga adik beradik ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban diketuai Inspektor Roswadi Ismail dalam serbuan di sebuah rumah flat di Paroi, di sini, 8 November lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, suspek berusia antara 21 dan 26 tahun itu ditahan di rumah keluarga adik beradik itu ketika tidur kira-kira jam 6 pagi.
“Hasil risikan, empat suspek serta dua wanita berusia 25 dan 26 tahun dipercayai aktif memecah masuk rumah dan curi kenderaan pada malam hari menggunakan pemutar skru.
“Hasil risikan, empat suspek serta dua wanita berusia 25 dan 26 tahun dipercayai aktif memecah masuk rumah dan curi kenderaan pada malam hari menggunakan pemutar skru.
ZAINAL (tiga dari kiri) menunjukkan barang kes yang berjaya dirampas daripada suspek.
“Dengan tertangkapnya empat suspek itu, kita berjaya menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan curi kenderaan di empat negeri berkenaan,” katanya dalam sidang media di IPD Seremban, di sini, semalam.
0 comments:
Post a Comment