Searching...

Get This

Thursday, October 31, 2013
10:34 AM 1

VIDEO : Ilusi Pelik Criss Angel

CrissAngel

ILUSI silap mata dilihat semakin melampaui batas sejak akhir-akhir ini sehingga ia dilihat seperti tidak masuk akal apabila orang ramai menontonnya.

Seorang Pakar Ilusi dunia Criss Angel dalam ilusi terbaru mengejutkan warga internet di laman YouTube dengan ilusi gila sehingga sampai membuatkan badan seseorang seperti terputus dua.
Video berkenaan dimuatnaik pada 8 Oktober lepas menunjukan Criss di sebuah taman bersama beberapa orang yang mungkin kebetulan berada di situ untuk melihat aksi ilusi atau silap matanya.
Beliau kemudian meminta seorang lelaki dan wanita menjadi sukarelawan untuk aksi berkenaan dan mereka diminta baring di atas kerusi di taman itu.
Kemudian beberapa orang berdekatan diminta pula memegang kaki dan tangan pasangan tadi.
Secara tiba-tiba, Criss menjadikan badan mereka terpisah daripada paras pinggang ke bawah disambut oleh jeritan ketakutan oleh mereka disekeliling kawasan itu.
Dalam keadaan kecoh itu Criss kemudian melekatkan kembali badan mereka berdua tetapi badan lelaki dilekatkan ke badan wanita manakala badan wanita dilekatkan ke badan lelaki tadi.
Criss kemudiannya dengan selama meninggalkan mereka tanpa menjadikan mereka pulih seperti sediakala.
Penulis menganggap ia tetap sebuah ilusi kerana dalam zaman sekarang, apa sahaja teknologi boleh digunakan bagi melakukan video dan ilusi sebegitu.
Anda lihatlah sendiri, ilusi yang gila ini.. –  

VIDEO : Ilusi Pelik Criss Angelhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/CrissAngel.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/CrissAngel-150x150.jpgAuthor MNHmyHangatTerkini,
                      ILUSI silap mata dilihat semakin melampaui batas sejak akhir-akhir ini sehingga ia dilihat seperti tidak masuk akal apabila orang ramai menontonnya. Seorang Pakar Ilusi dunia Criss Angel dalam ilusi terbaru mengejutkan warga internet di laman YouTube dengan ilusi gila sehingga sampai membuatkan badan seseorang seperti terputus dua. Video berkenaan dimuatnaik pada...

ILUSI silap mata dilihat semakin melampaui batas sejak akhir-akhir ini sehingga ia dilihat seperti tidak masuk akal apabila orang ramai menontonnya. Seorang Pakar Ilusi dunia Criss Angel dalam ilusi terbaru mengejutkan warga internet di laman YouTube dengan ilusi gila sehingga sampai membuatkan badan seseorang seperti terputus dua. Video berkenaan dimuatnaik pada 8 Oktober lepas menunjukan Criss di sebuah taman bersama beberapa orang yang mungkin kebetulan berada di situ untuk melihat aksi ilusi atau silap matanya. Beliau kemudian meminta seorang lelaki dan wanita menjadi sukarelawan untuk aksi berkenaan dan mereka diminta baring di atas kerusi di taman itu. Kemudian beberapa orang berdekatan diminta pula memegang kaki dan tangan pasangan tadi. Secara tiba-tiba, Criss menjadikan badan mereka terpisah daripada paras pinggang ke bawah disambut oleh jeritan ketakutan oleh mereka disekeliling kawasan itu. Dalam keadaan kecoh itu Criss kemudian melekatkan kembali badan mereka berdua tetapi badan lelaki dilekatkan ke badan wanita manakala badan wanita dilekatkan ke badan lelaki tadi. Criss kemudiannya dengan selama meninggalkan mereka tanpa menjadikan mereka pulih seperti sediakala. Penulis menganggap ia tetap sebuah ilusi kerana dalam zaman sekarang, apa sahaja teknologi boleh digunakan bagi melakukan video dan ilusi sebegitu. Anda lihatlah sendiri, ilusi yang gila ini..
7:57 AM 0

VIDEO: Parodi Sharifah Sakinah dan Tomboy…Macam Ketumbit Jeeee…


Video Sharifah Sakinah.. Macam Ketumbit Je 

SHARIFAH Sakinah kini bolehlah dilabel sebagai Keekers tegar kerana beliau sering merakamkan video baru yang menimbulkan kontroversi dan ia berjaya menarik ramai tontonan pulak tu.
Sharifah juga kalau diperhatikan takkan ketinggalan dalam memberikan video parodi kepada mana-mana video hangat yang menjadi viral di internet.
Video terbaru Awek Legoland yang memuji kecantikan matanya dengan kata “Macam cantik je.. Macam cantik je..,” turut menjadi bahan kepada beliau untuk merakamkan video parodi versi Sharifah Sakinah.
Di YouTube Keek Artis Malaysia video Sharifah baru sahaja dimuatnaik semalam.
Di ruangan Keek Sharifah Sakinah ia telah ditonton sebanyak 10,068 kali dan mendapat 477 Likes, tidak hairanlah akaun Keek Sharifah Sakinah turut ada simbol ‘disahkan’ atau verified mengesahkan ia adalah akaun tulen Sharifah Sakinah oleh pihak Keek.com.
Bagaimanapun, Sharifah membuat lawak dengan keadaan matanya yang nampak sembab kerana tidak mendapat rehat yang cukup selepas sibuk dengan dunia artis sambil berkata “Macam sembab je… macam eye bag je… macam ketumbit je…,” dalam video itu.
Walaupun si gadis Legoland yang bernama Syasya itu sudah membuat penjelasan bahawa video itu sekadar gurauan untuk tujuan melawak tetapi kini berderet-deret video parodi dihasilkan dek populariti video beliau.
Bukan hanya Sharifah yang berminat menghasilkan video parodi, ada seorang budak tomboy juga turut menghasilkan parody berkenaan tetapi rasanya lebih teruk daripada si pembikin video asal.
Sudah lah awak tu perempuan, berangan hendak jadi lelaki, bertindik di bibir, hidung dan lidah kemudian rakam video aksi parodi mengajuk video awek Legoland itu.
Dik.. untuk awak tu bukannya macam cantik je.. Naik menyampah lah.. Penulis sertakan kedua-duanya, tengoklah sendiri –


sumber: Mynewshub
7:40 AM 0

Tidak risau babak ranjang

Reaksi orang sekeliling yang seakan takut, seram hingga memandang wajahnya pun tak sudi membuatkan pelakon baru Aishah Ilias, 26, enggan melihat cermin sepanjang dia berada di set penggambaran filem Paku selama kira-kira sebulan.
Kata gadis tinggi lampai ini, dia bimbang keadaan dirinya disolek menyerupai puntianak itu mengganggu emosi dan tumpuan tatkala sedang berlakon. 
“Saya ada sedikit rasa takut dengan hantu sebenarnya. Sesudah siap disolek, ramai yang cakap wajah saya menyeramkan. Malah ada yang tidak berani memandang saya. Disebabkan itu, saya putuskan untuk tidak melihat wajah sendiri di cermin sebaik disolek. 

“Bagaimanapun, pada hari terakhir penggambaran, saya memasuki tandas dan tanpa disangka di dalam tandas itu terdapat sebuah cermin. Ini menyebabkan saya terpandang diri sendiri dalam keadaan menyeramkan itu di cermin secara tak sengaja.
Foto

“Itulah keadaan diri saya yang paling menakutkan pernah saya lihat,” kata gadis yang iras wajahnya seperti Sushmita Sen ini.
7:38 AM 0

Patah kaki lif menggelongsor

Kuala Lumpur: Seorang wanita patah kaki kanan selepas lif dinaiki di sebuah pusat beli-belah di sini tiba-tiba menggelongsor dan berhenti di tingkat 20, serta terkurung lebih setengah jam sebelum berjaya diselamatkan pengawal keselamatan premis berkenaan.
Dalam kejadian jam 3 pagi Sabtu lalu, mangsa, Nor Intan Baiduri Abdul Rashid, 24, bersama tunangnya yang ingin ke tempat letak kereta menaiki lif sebelum tiba-tiba ia gagal berfungsi dan terus menggelongsor. 
Malah akibat lif itu berhenti mengejut menyebabkan kaki kanannya patah selepas terhentak dengan kuat di lantai. 

Menceritakan semula kejadian itu, Nor Intan berkata, sebelum kejadian itu dia bersama tunang makan malam di sebuah restoran di premis terbabit yang terletak di tingkat 57.
Foto
TAHLIA Baiduri Abdul Rashid membantu adiknya, Nor Intan yang patah kaki.

“Selepas makan saya dan tunang bersama dua lagi pelanggan menaiki lif terbabit bagaimanapun ketika di tingkat 28, tiba-tiba ia bergegar dan terus turun dengan laju sebelum berhenti mengejut di tingkat 20.

7:32 AM 0

Chris Brown jalani rawatan kawal baran




Los Angeles: Penyanyi kontroversi Chris Brown akan memasuki pusat pemulihan. Seorang jurucakap bintang R&B itu mengumumkan Selasa lalu Brown membuat keputusan memasuki pusat pemulihan sehari selepas dibebaskan dari penjara kerana membelasah seorang lelaki di Washington.
Browm kini masih dalam tempoh pengawasan kerana mencederakan kasihnya Rihanna pada 2009. 
“Chris Brown memilih untuk masuk pusat pemulihan,” kata satu kenyataan.
“Dia ingin menilai semula tingkah lakunya pada masa silam dan sekarang untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan dan kerjayanya dari sudut yang lebih sihat. 
Peguam Brown, Mark Geragos berkata penyanyi itu memasuki pusat yang lokasinya dirahsiakan untuk merawat panas barannya. 
“Dia mahu sedikit masa untuk mengkaji diri sendiri,” katanya.


Brown dan pembantu peribadinya ditahan Ahad lalu selepas berkelahi dengan seorang lelaki di hadapan hotel W di Washington. Brown didakwa atas tuduhan menyerang selepas seorang lelaki mengadu hidungnya patah ditumbuk penyanyi itu ketika mahu bergambar dengannya. 
Brown bagaimanapun dibebaskan dari penjara Isnin lalu. - AP
7:18 AM 0

Kemaluan tidak berguna - Dipotong!

Hangzhou: Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai pasangan, seorang lelaki memotong sehingga putus kemaluannya sebelum terpaksa menahan kesakitan sambil berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Masalahnya, lelaki terbabit bergegas ke situ dengan harapan doktor dapat menyelamatkan kemaluannya tetapi organ berkenaan tidak dibawa bersama.
Dalam kesakitan doktor meminta lelaki terbabit kembali ke rumahnya untuk mengambil anggota sulit berkenaan sebelum ia dapat dirawat. 

Malang menimpa Yang Hu tidak berakhir di situ.
Foto
YANG terlantar dalam keadaan berdarah di bahagian sulitnya.

Apabila pemuda berusia 26 tahun terbabit kembali ke hospital bersama kemaluannya, dia terkejut apabila diberitahu ia tidak dapat diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, kemaluan Yang terbiar tanpa darah terlalu lama selepas dipotong.

“Mustahil kami boleh menyambungnya semula,” katanya. 

Sementara itu rakan Yang berkata, pemuda terbabit semakin tertekan sejak berpindah dari kampung ke bandar Jianxing untuk mencari kerja.

Walaupun bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah kilang pakaian, Yang kecewa kerana tidak mempunyai teman wanita. 

“Yang akhirnya terlalu kecewa dan yakin tiada mana-mana wanita ingin berkawan dengannya,” katanya. 

Pada Ahad lalu, Yang pulang dari tempat kerja dalam keadaan amat tertekan dan nekad memotong kemaluannya kerana menganggap ia sudah “tidak berguna” lagi.

“Yang juga percaya tanpa kemaluan, dia tidak lagi memikirkan mengenai teman wanita,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam.

Sementara itu rakan Yang mengecam tindakan doktor kerana tidak menyediakan ambulans kepada pemuda terbabit selepas mendapati dia cedera parah.- Agensi
7:11 AM 0

Mangsa rogol ditanam berjaya lepaskan diri








Lahore: Selepas ditanam hidup-hidup kerana mendakwa menjadi mangsa rogol, seorang remaja perempuan berjaya menyelamatkan diri dengan menggali keluar dari bawah tanah.
Menurut media, remaja perempuan berusia 13 tahun itu diserang dua lelaki ketika berjalan sendirian di Toba Tek Singh, Punjab.

Mangsa kemudian dirogol sehingga pengsan dan suspek menyangka remaja terbabit meninggal dunia dalam serangan itu.
Jurucakap polis berkata, mangsa kemudian ditanam di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, kata jurucakap polis, remaja terbabit tersedar semula dan berusaha menyelamatkan diri dengan menggali tanah yang menimbus dirinya.

“Beberapa orang yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa dan bergegas menyelamatkannya,” katanya.
Dia kemudian dihantar ke hospital untuk dirawat. Pada awalnya mangsa enggan bekerjasama dengan polis kerana mendapat tekanan daripada bapanya.

Dua lelaki kini ditahan pihak berkuasa hasil maklumat diperoleh. - AP
Wednesday, October 30, 2013
9:49 PM 0

Tegar Ada Saingan, Hazury Dari Malaysia



klik link ini untuk lihat vedio ini 



PENYANYI cilik dari Indonesia Tegar nampaknya sudah ada saingan, si anak kecil berusia lapan tahun dari Malaysia.
Satu video ketika sesi si kecil ini membuat rakaman dimuatnaik ke laman Facebook pantas menambat hati ramai apabila mendengar suara rockers beliau.

Kanak-kanak ini bernama Hazury dan baru sahaja mula merakamkan lagu nyanyiannya.
Hasil siasatan lebih lanjut, Hazury sebenarnya sudah mempunyai saluran YouTube sendiri atas nama Hazury Amin dan kini sudah memuatnaik video nyanyian dan petikan gitarnya ke laman video itu.

Bagaimanapun, Hazury sekali pandang memang boleh menyaingi Tegar kerana suara Hazury ini lebih mirip kepada seorang rockers berbanding Tegar yang lebih ke arah irama Pop.

Penulis rasanya tidak sabar hendak menantikan lagu Single pertama nyanyian adik Hazury ini kerana suaranya memang sedap didengar dan unik.

Mynewshub.my turut memaparkan dua video nyanyian Hazury untuk hiburan anda dipetik dari saluran YouTube beliau.
Video pertama Hazury menyanyikan lagu Putih Putih Melati yang dipopularkan oleh ST12. - mynewshub.my



5:42 PM 0

Poster Bogel Di Kedai Buku Jadi Kontroversi

NAKED
Niat untuk mengajak masyarakat rajin membaca memang bagus.
Namun caranya itu yang salah..
Sebuah kedai buku terbesar di Nanjing, China telah mengambil pendekatan meletakkan poster bogel model yang bergaya dengan bahan bacaan pilihan mereka.
Gambar-gambar separa lucah itu ternyata menjadi perdebatan hebat di sana apabila kebanyakan pengunjung menzahirkan rasa kurang senang mereka di atas pengurusan kedai buku tersebut.
Mereka mengatakan imej itu tidak sesuai untuk kanak-kanak yang datang berkunjung ke situ selain boleh menganggu konsentrasi mereka.
Ni nak jual buku ke jual badan orang?
naked1naked2naked3naked4naked5
-Mynewshub.my
5:38 PM 0

Gambar: Foto isteri pembunuh pegawai Ambank pula dibongkar!

Semalam, akaun Facebook dipercayai milik pembunuh pegawai wanita Ambank itu telah dibongkar dan didedahkan kepada umum. Anda boleh bacanya di SINI.
Hari ini, keluarganya pula didedahkan oleh blogger Mazidul Akmal.
Pembunuh tersebut dipercayai ayah kepada tiga orang anak berdasarkan beberapa keping gambar yang ada pada akaunnya.
Seorang wanita yang dipercayai isteri kepada pembunuh itu juga didedahkan.
Wanita tersebut juga telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.
5:27 PM 0

Bos Dan Seketarinya yang Bertudung kantoi di dalam Lift CCTV

Bos dan sekretari wanita bertudung kantoi beraksi dalam lif.
Nafsu yang tak dapat di tahan dan dibendung lagi hingga sanggup melepaskan gian di dalam lif. Mungkin tak terfikir ada cctv yang merakam aksi mereka kerana nafsu syaitan dan serakah telah memuncak.

Feeling betul mereka beraksi dan bercumbu






Monday, October 28, 2013
6:34 PM 0

kemalangan Ngeri di kampung Paka-Paka Kota Belud



      Sabah, Kota Belud: Kg. Paka-Paka. Kejadian ini berlaku pada 27hb Oktober 2013 sekitar jam 9 pagi. Kemalangan ini berlaku kira-kira 5km dari Kota Belud. Kesibukan kenderaan yang terlalu banyak kerana ingin melihat acara Tamu Besar di Pekan Kota Belud pada hari ini.
   Menurut saksi yang melihat kejadian ini, 2 orang mangsa yang terlibat. Bapa dan anaknya. Anaknya berumur 15 tahun. Motosikal yang mereka pandu dari kg Paka-Paka bersama pembonceng telah keluar dari  jalan kampung dan melalui jalan utama. Tiba-tiba sebuah van  dari arah jalan Kota Kinabalu menuju ke Kota Belud  dengan kelajuan yang menyebabkan pemandu van tersebut tidak sempat menekan brek lalu merempuh motosikal tersebut.
    Akibat dari rempuhan tersebut, kedua-dua mangsa terhumban ke laluan yang bertentangan dan dilanggar sebuah lori minyak. Mangsa mati di tempat kejadian akibat kepala mangsa yang digilis.
   Pemandu van dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan..

   
12:38 AM 0

Sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam (Bajet 1993 – Bajet 2013) & Bonus Bajet 2014

Bonus Kerajaan 2014
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh 1.4 juta kakitangan awam samada harapan mereka selama ini direalisasikan atau tidak. Berdasarkan semakan Berita Semasa (DI SINI), ada kalangan penjawat awam yang tidak berminat dengan bonus, kerana lebih mengharapkan elaun mereka dinaikkan.
Ada juga kakitangan awam yang merasakan mereka berhak mendapatkan bonus dan bukannya saguhati. Macam-macam pandangan yang diutarakan….

Sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam (Bajet 1993 – Bajet 2014)?

Kali ini Berita Semasa ingin berkongsi informasi mengenai pemberikan bonus kerajaan kepada kakitangan awam Malaysia sejak pembentangan Bajet 1993 sehingga pembentangan Bajet 2013.
Berdasarkan sejarah, bonus kakitangan kerajaan mula diperkenalkan pada tahun 1993 :
  • 1993 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
  • 1994 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
  • 1995 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
  • 1996 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
  • 1997 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
  • 1998 – Bantuan Khas Kewangan RM400
  • 1999 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1,000)
  • 2000 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
  • 2001 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM1,000)
  • 2002 – Bonus satu bulan gaji (minima RM1,200)
  • 2003 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam
Bonus Kerajaan
  • 2004 – Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
  • 2005 – Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
  • 2006 – Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1,500
  • 2007 – Tiada Bonus penjawat awam ( Kenaikan Gaji dan Cola)
  • 2008 – Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1,000)
Bonus Kerajaan
  • 2009 – Bantuan Khas Kewangan RM500
  • 2010 – Bantuan Khas Kewangan RM1,000
  • 2011 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1,000) (KLIK SINI)
  • 2012 – Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1,500) (PENGUMUMAN DI SINI)
  • 2013 – Bantuan Khas Kewangan RM500 : Telah pun diterima (DI SINI).
  • Bajet 2014 Bonus - 1 BULAN GAJI
12:17 AM 0

ADIK 10 TAHUN DIROGOL, KAKAK 14, LOVE BITES, KAKAK 16 MENGANDUNG

Menyingkap kembali satu peristiwa yang jarang berlaku di negeri yang tidak berkebajikan ini untuk diambil iktibar kepada semua.

Anak kecil berusia 10 tahun di atas dirogol  lelaki 24 tahun. Setelah diberkas polis, suspek disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan ke atas pesalah.

Kakaknya, beusia 14 tahun tersipu-sipu ketika saya temui di rumah mereka di Kampung Lipat Sanggul, Bonggol, Kota Bharu, Kelantan.


"Siapa buat love bites di leher?," soal saya.

"Boyfriend lah," balasnya selamba sambil tersenyum. 

Teman lelakinya berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Manakala di bawah ini gambar perut kakak sulung mereka berusia 16 tahun, masih di bawah umur.


Jam 11.21 pagi tadi dia dibangunkan pasukan polis diketui Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa, Cif Inspektor Rostam Ayob bersama 9 anggota beliau.

"Mengandung berapa bulan?," tanya saya.

"Lima," jawabnya ringkas.

Gadis terbabit dilahirkan di Puchong, Selangor dan berpindah ke Kelantan setelah ibu dan ayah didakwa dilanda krisis rumah tangga. Ketika rumah diperiksa, dia sedang tidur manakala ibunya, berusia 34 tahun bekerja di gerai menjual makanan berhampiran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

"Saya dah lebih setahun kenal dengan boyfriend sejak saya pindah ke sini mengikut emak," jelasnya.

Kelihatan berserabut, dia tiba-tiba menjadi sebak sejurus saya menjelaskan kepadanya berhubung Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur samada dia bersetuju atau tidak jika aduan dibuat, lelaki itu boleh dituduh merogol. Perogol adik awak dah kena penjara dan disebat"

Tanpa berlengah dia bangun dan mendapatkan teman lelakinya berusia 17 tahun, sewaktu kami tiba, tidur bersebelahan adik perempuannya di ruang tamu.

"Kenapa selepas ditangkap Jabatan Agama Islam semalam, awak masih tidur di rumah ini?," soal saya kepada teman lelakinya berbaju hijau.


Dia hanya membisu. Lelaki di sebelahnya itu, anak angkat emak mereka dan keduanya mengaku memasukkan dadah jenis metaphetamine atau lebih dikenali sebagai 'pil kuda', kali terakhir 4 hari lalu.


Kedua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Bharu untuk menjalani saringan ujian air kencing.


Sebelum teman lelakinya melangkah keluar dari rumah, saya terdengar gadis mengandung terbabit berbisik kepada teman lelakinya sambil air mata bergenang di kelopak mata.

"B! B! Macam mana ni?"

Namun teman lelakinya hanya mampu menundukkan kepala dan melangkah perlahan dengan tangan bergari.

Syahdu nian suasana.

Namun kejadian pada jam 8.50 pagi tadi di Kampung Pulau Gorek, Badang, lebih menyayat hati saya. Saya tidak tidur sejak jam 8 pagi semalam, terlena di dalam kenderaan, dikejutkan jurukamera bertugas membuat liputan paparan 999.

Saya kemudian bergegas masuk ke rumah di bawah.


Sebaik masuk, saya terdengar suara tangisan anak kecil berusia 12 tahun, kelihatan  memeluk adik lelakinya berusia 10 tahun. Sebak hati saya buat seketika. Apa kesalahannya sehingga terpaksa meraung sedangkan wajah ibu dan ayahnya berusia 30 dan 35 tahun kelihatan selamba, berdiri tanpa riak sesalan di wajah mereka?


"Dah jumpa dah, dia sorong 'barang' dalam bantal," ujar anggota polis berdiri berhampiran saya.


Pasukan serbuan menemui bahan dipercayai pil kuda dan heroin. Pasangan terbabit dilaporkan menjual dadah kepada penagih dari kawasan berhampiran.


"Sebiji pil kuda dijual berapa harga?," tanya saya kepada ayah kepada 4 anak berusia di antara 10 dan 16 tahun itu.

"Dua puluh ringgit," jawabnya.

Lelaki terbabit dilahirkan di Thailand dan kemudian berkahwin dengan isterinya berasal dari Kuala Krai dan mereka disyaki mula menjual dadah secara kecil-kecilan sejak 6 bulan lalu.

Ketika keduanya diiring untuk menaiki kenderaan polis, tangisan anak perempuan mereka mendapat keputusan 3A dan 2B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin kuat. Dua adik lelakinya juga turut menangis sambil memeluk erat tubuh ibu dengan tangan bergari.

Tidak mampu saya menahan airmata daripada mengalir di pipi melihat 4 beranak terbabit berjalan beriringan. Kesilapan ibu dan ayah, anak mereka terpaksa menanggung deritanya. Mengapa kejadian seumpama ini mampu berlaku?


Namun keadaan itu tidak begitu mencemaskan berbanding kejadian berlaku di gerai menjual makanan di Tanjung Kratong pada jam 4 pagi.


Lelaki berusia 20 tahun di dalam gambar di atas dipercayai terlangar dinding ketika cuba melarikan diri bersama beberapa rakan lain berjudi. Mulutnya berbuih, matanya terbeliak dan dia menggeletar, bagai terkena sawan babi.

Saya amat kagum memerhatikan tindakan pantas pegawai dan anggota polis terbabit dalam serbuan. Cif Inspektor Rostam secara tenang membasahkan muka remaja terbabit menggunakan air. Dalam tempoh kurang 3 minit, dia bangun namun kelihatan keliru.

"Awak terlanggar dinding dan lepas itu jatuh dan pengsan ke?," tanya saya.

"Eh! Mana ada saya jatuh dan pengsan!," jawab penganggur terbabit.

Dia dan 5 rakannya berusia di antara 16 dan 28 tahun kemudian dibawa ke IPD Kota Bharu. Pada jam 5.30 pagi dia disahkan positif pil kuda setelah menjalani ujian saringan air kencing.


Huh! Padanlah! Memang bikin suspense!

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...