Searching...

Get This

Friday, August 30, 2013
3:02 PM 2

Mendedahkan punca sebenar rusuhan 13 Mei

"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu, batang besi dan botol

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ"

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

Bagaimanapun, apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.

'Versi rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

'Semuanya karut'

Bagaimanapun, pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

Kekurangan maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.

Pada akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.

Hasil kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini mendapati rusuhan 13 Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah digambar kepada rakyat Malaysia.

"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.

"Buku saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor).

"Terdapat dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan pendidikan itu.

Dr Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu.

Plot menumbangkan Tunku 
Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.

Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.

Tambahnya, dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya.

Manakala perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).

Satu dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'.

Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu.

"Malah, ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.

Lebih menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.

"Merekalah yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.

Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasasaya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa."

Jumlah korban tidak diketahui

Dokumen yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat.

Ini dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.

Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.
Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami kerosakan.

Dokumen yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.

Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya.

"Iaitu rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan akan tercetus.

"Ini adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan tentera," katanya.

Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum.

Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka.

"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya.

Ditanya sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb, anda boleh buat apa saja". Berita asal

sumber : Malaysia Kini
2:42 PM 0

Hukum sendiri potong tangan

Kaherah: Seorang lelaki Mesir mengudungkan tangannya dengan meletakkan anggota tubuhnya itu pada landasan ketika sebuah kereta api meluncur laju.
Ali Afifi, 28, berbuat demikian semata-mata untuk menghukum dirinya dan menghentikan ketagihan mencuri serta mengelak daripada menderita dalam kehidupan seharian kerana tabiatnya itu dan juga mengelak hukuman di akhirat.

Ali berkata, tabiat mencurinya bermula sejak muda lagi, apabila dia mencuri bekalan rakan sekolahnya. Dia kemudian mencuri barangan di kedai dan apabila dewasa, dia mula mencuri telefon bimbit serta barangan kemas.
Menurutnya, dia menggunakan wang hasil curinya itu kepada kanak-kanak dan keluarga miskin.

Bagaimanapun, dia gagal mengatasi tabiatnya itu dan akhirnya mengambil keputusan mengudungkan kedua-dua tangannya itu sebagai cara mengakhiri ketagihannya.

Ali berkata, dia kini bercita-cita untuk membantu penduduk di bandar tempat dia tinggal dan membina pusat belia. Dia juga bercadang bekahwin tetapi tidak yakin ada wanita Mesir yang mahu menerimanya kerana kisah lampaunya. - Agensi
Foto
6:30 AM 0

Remaja 16 Tahun Di Anggap Vampire Kerana Hanya Ada Dua Gigi Taring..!!

taring
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengejutkan penduduk China kerana remaja ini hanya mempunyai dua gigi taring yang menyerupai vampire!. penduduk pecaya bahawa remaja ini adalah merupakan keturunan Vampire, tidak diketahui apa penyebabnya remaja ini mempunyai kelainan seperti itu. Pada usia 16 tahun tidak tumbuh gigi lain selain dua gigi yang runcing dan tajam tersebut.
Remaja ini bernama Wang Hui, dia menjalani hidupnya selama ini dengan dua gigi yang aneh. Kerana keanehannya tersebut Wang Hui sering di cemuh oleh rakan-rakannya sebagai anak vampire sehingga menyebabkan dia merasa terpencil dan tidak punya kawan. Menurut Ibunya, kelainan yang di alami oleh Wang memang sudah kelihatan sejak kecil dimana Wang hampir tidak mempunyai rambut yang tumbuh pada kulitnya. Lebih mengejutkan lagi ketika Wang semakin besar dan menginjak remaja ternyata hanya tumbuh dua buah gigi yang menyerupai taring. Wang juga berkelakuan pelik dengan sering menyerang dan menggigit orang lain yang menghinanya.
Akhirnya Ibu Wang Hui membawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan keanehan yang di alami oleh anaknya setelah dia berusia 18 tahun. Ibunya menceritakan semua yang dialami oleh anaknya, hingga akhirnya doktor memutuskan untuk melakukan operasi terhadap Wang dengan kos kira-kira 70,000 hingga 80,000 Yuan.
taring1taring2taring3
Thursday, August 29, 2013
12:40 PM 0

Kisah perjuangan Mat Kilau

Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 Sabtu ini, stesen televisyen turut mengambil kesempatan menyajikan pelbagai program menarik bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih menghargai bulan kemerdekaan yang disambut semua rakyat Malaysia pada 31 Ogos setiap tahun.
TV3 menerusi rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) akan bersiaran secara langsung dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi yang dihoskan Ally Iskandar, Ahmad Fedtri Yahya, Saiful Nizam dan Nurul Fariha On. 
Pada jam 9 malam hari yang sama, slot Cerekarama sempena Hari Kemerdekaan diisi telefilem berjudul Jalur lakonan Zamarul Hisham, Keith Foo, Fizz Fairuz, Noorkhiriah, Jason Chong dan Farabie. 

Ia mengisahkan Haji Budin seorang usahawan berjaya dan disegani di tempat tinggalnya berkawan baik dengan Taukeh Wong. Persahabatan mereka kian renggang akibat salah faham. Dalam pada itu Wong yang terlantar di hospital langsung tidak pernah dijenguk oleh Budin.
Foto
SI Tudung Tweet menemui penonton TV9.

Budin mula teringatkan peristiwa 35 tahun dulu ketika mereka masih belasan tahun dan bersekolah di sekolah yang sama, namun begitu jarang bertegur sapa. Malah masing-masing turut lahir pada tarikh dan bulan yang sama iaitu 31 Ogos 1957.

Selain Wong, mereka turut rapat dengan Rajoo sehingga digelar ‘three stooges’. Namun keakraban mereka tidak disenangi ramai pihak sehingga pelbagai fitnah mula ditimbulkan terhadap mereka. 

Bagi peminat Majalah 3 pula jangan lupa menyaksikan kisah perjuangan pahlawan negara, Mat Kilau yang akan bersiaran pada 2 September jam 9 malam dihoskan Nurul Fariha On. 

Menyusul pula program TV9, Nasi Lemak Kopi O bermula jam 8 pagi lintas langsung dari Dataran Merdeka dengan membincangkan isu-isu menarik dan terkini berkaitan Hari Kemerdekaan Malaysia bersama hos antaranya AG, Luqman, Hani Hatim dan Aida. 

Pada jam 10 pagi pula, drama Adikarya Lazizah menemui penonton yang mengisahkan kecekalan dan kegigihan seorang wanita menjaga tiga anak perempuannya tanpa suami di sisi lakonan hebat Normah Damanhuri, Lisdawati, Amanda Misbun dan Memey Suhaiza. 

Siri kartun animasi 3D Upin & Ipin yang pernah mencecah sehingga 1.5 juta penonton di TV9 akan ditayangkan pada jam 7.37 malam di mana episod kali ini mengisahkan bagaimana Upin & Ipin menyambut Merdeka tahun ini. 

Pada 1 September pula, penonton boleh menyaksikan drama hebat berjudul Si Tudung Tweet yang akan ditayangkan pada jam 12.30 tengah hari yang mengisahkan Zubaidah sanggup melakukan apa saja demi untuk mengalihkan perhatian yang diberikan kepada Marissa, pelajar popular di kolejnya. 

Drama hebat ini dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Izzue Islam. 

Dalam pada itu Astro bakal membawakan lebih 190 program dan daripada jumlah itu, 60 program adalah yang pertama kali disiarkan seperti Inspirasi Negaraku dan U Wartawan: Tanah Tumpah Darahku, Di Sebalik Kegemilangan dan Merdeka Tournament, My New Village Stories (Sr3) dan AIM Awards, Kaalathaal Marakkapatta dan Paathodu Settai. 

Kempen Negaraku The Best of 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Astro turut berlangsung sejak 15 Ogos lalu hingga 16 September depan bagi meraikan kepelbagaian yang wujud di Malaysia dan mampu dinikmati oleh pelanggan menerusi satelit DTH, IPTV dan Astro On-The-Go. 

Antara program yang akan ditayangkan adalah seperti Tastemakers yang memaparkan kejayaan rakyat Malaysia yang diinspirasikan oleh Yuna, Sereni dan Shentel, Joel Neoh dan Ifzan Ibrahim di LI HD (Saluran 728), Ride & Seek; sebuah dokumentari berkenaan perkara yang menarik dan yang paling jarang dilakukan di setiap negeri di Malaysia. 

Selain itu, penonton yang meminati program bersejarah boleh menonton dokumentari yang me­nyoroti pembangunan dan pencapaian Malaysia selama 50 tahun sejak 1963 berjudul, Malaysia: Through the Decades di NGC (Saluran 553) dan Lost Over France: Malaya’s Unsung Hero di History dan History HD (Saluran 555 dan 575), kisah sebuah keluarga yang menentang British sewaktu Perang Dunia Kedua dan juga kisah pesawat perang - The Hawker Typhoon. 

TLC (Saluran 707) pula bakal menayangkan Passage to Malaysia bersama-sama Denise Keller yang menikmati percutian paling mewah di Malaysia untuk melihat sendiri hasil kesenian, kraftangan, budaya, makanan dan lokasi yang menarik manakala Wildlife Defenders di Discovery dan Discovery HD (Saluran 551 and 571) akan membawa penonton untuk menyaksikan sendiri tugas sebagai renjer hidupan liar dan mende­ngar sendiri kisah tragedi dan kejayaan menumpaskan aktiviti penyeludupan haiwan. 

Pelanggan juga berpeluang untuk menyaksikan program-program ulangan terbaik seperti Konsert Kenangan Sudirman di Astro Prima (Saluran 105), My New Village Season 3 di Astro AEC (Saluran 301) yang menayangkan pembangunan dan perubahan di New Villages Stories (Sr3) dan saksikan Datuk Rahim Razali di Astro Arena (Saluran 801) dalam Di Sebalik Kegemilangan, mengulas legasi terhebat sukan Malaysia dan kejayaan wira-wira sukan yang pernah memartabat­kan sukan negara. 

Pada Merdeka kali ini, perlawanan Pestabola Merdeka secara langsung di Astro Arena turut diadakan. Ia adalah kejohanan bola sepak paling lama pernah dianjurkan di negara ini dan akan bermula pada 7 Sep­tember depan, selepas empat tahun berehat. 

Rakyat Malaysia yang akan melancong atau sedang menetap di luar negara masih boleh merasai kemeriahan pesta Hari Kemerdekaan dengan Astro On-The-Go menerusi Astro Awani dan Astro Arena dengan melayari www.astro.com.my/negaraku untuk melihat jadual program istimewa ‘Negaraku, The Best of 1Malaysia’ yang akan berakhir 16 September depan.

Sumber :Metro
12:21 PM 0

18 Gambar Menyedihkan - Kesan Senjata Kimia Amerika di Vietnam


Agent Orange, adalah nama bahan kimia yang dugunakan oleh Amerika sekitar tahun 1962 hingga tahun 1971 ketika menentang tentera Vietnam. Ternyata bahan kimia tersebut sangat merbahaya dan telah meninggalkan kesan dan mutasi yang amat mengerikan kepada penduduk Vietnam. Berikut 18 gambar kesan yang terjadi akibat serangan itu.



















Wednesday, August 28, 2013
11:32 AM 1

Mesti baca!!: Guru vs "Running Man"..Ibu Bapa sanggup hina...



     Terengganu: Surat ini ditulis oleh  ibu bapa daripada salah seorang murid di sekolah rendah di Terengganu. Surat ini menyatakan sebab-sebab murid ini tidak datang ke sekolah pada 29/Ogos/ 2013. Berdasarkan isi kandungan surat ini, seolah-olah alasan ibu bapa ini sangat tidak sesuai.

     Surat ini juga seolah-olah menghina penampilan guru dalam sekolah tersebut. Kemungkinan anak ini terlalu meminati rancangan Korea "Running Man" sehingga sanggup memburuk-burukkan guru di sekolah tersebut. Ibu bapa seperti ini seharusnya memikirkan sikap dan keinginan anak mereka terlebih dahulu.
 
     Fikir-fikirkanlah terlebih dahulu sebelum mengatakan sesuatu kepada seseorang.

Sumber : Surat ibu bapa kepada sekolah, Sekolah
     

8:15 AM 0

Mata kena cungkil

Beijing: Seorang kanak-kanak dicungkil matanya selepas dilapor diculik oleh seorang penyeludup organ.
Anggota keluarga menemui kanak-kanak berkenaan berlumuran darah tiga hingga empat jam selepas dia hilang ketika bermain di luar rumah.

Mata mangsa ditemui berhampiran tetapi korneanya hilang, menunjukkan seorang penyeludup organ bertanggungjawab terhadap serangan ngeri itu.
Polis menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM52,800) kepada mereka yang dapat memberi maklumat hingga suspek, yang dipercayai wanita, dapat ditangkap.

“Mukanya berlumuran darah ketika ditemui. Matanya dicungkil,” kata bapa mangsa kepada Televisyen Shanxi.

Rakaman televisyen itu menunjukkan bahagian mata mangsa yang berbalut dibawa keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan di sebuah katil hospital, meraung kesakitan sementara anggota keluarganya menangis di sisi katil.
Foto
MANGSA (kiri) terlantar di hospital dengan matanya berbalut.
Budak itu didiberi dadah menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum penyerang mencungkil matanya, lapor stesen televisyen CCTV menerusi lamannya di Sina Weibo, versi Twitter China.

Budak itu bermain bersendirian di luar rumahnya apabila dia diculik petang kelmarin. Ibu bapanya menyedari dia hilang selepas memanggilnya untuk masuk ke rumah kira-kira jam 8 malam. Selepas dia tidak muncul, ibu bapanya melancarkan gerakan mencari dengan dibantu oleh sanak saudara lain dan akhirnya menemuinya di sebuah padang berhampiran, kira-kira tiga jam kemudian.
“Kami tidak menyedari matanya hilang apabila menemuinya. Kami menyangka dia jatuh dan cedera di muka,” kata bapa mangsa.

Kehilangan mata mangsa hanya diketahu apabila dia dirawat di hospital.

Perdagangan organ secara haram didorong oleh permintaan yang begitu banyak. Kira-kira 300,000 orang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pemindahan organ sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun. - Agensi
12:11 AM 0

Suspek Dera Anak Hingga Mati Menangis Di Upacara Pengkebumian Anaknya

dera
IPOH – Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia selepas koma akibat dipercayai didera, hadir di Sanatorium Persatuan Ku Kong Chow Perak di sini untuk upacara pengebumian anaknya itu pada Selasa.
Choong Mee Chin, 30, yang menghadapi pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia lima tahun itu, tiba di sanatorium berkenaan pada tengah hari dengan diiringi anggota polis serta pegawai kesihatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta.
Suri rumah yang mendapat pelepasan bagi menghadiri upacara itu juga berpeluang berjumpa dua anaknya yang lain, seorang lelaki berusia tujuh tahun dan perempuan berumur dua tahun, yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Wanita yang ditahan di Hospital Bahagia atas perintah mahkamah bagi pemeriksaan psikiatri itu, ketika menatap wajah anaknya untuk kali terakhir, kedengaran mengucapkan dengan suara perlahan “pergi dengan baik, pergi dengan tenang” dalam bahasa Cina.
Ketika suaminya, Ho Kok Peng, 39, dan dua anak mereka datang menghampirinya, Choong dilihat berkata sesuatu kepada anak sulungnya dengan linangan air mata.
Anak sulungnya juga dilihat mengatakan sesuatu kepada Choong yang cuba mengesat airmatanya yang bercucuran dan beberapa minit kemudian kedua-dua anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada Choong dengan melambai-lambaikan tangan ketika mereka dibawa oleh Ho ke kenderaan JKM.
Keadaan itu membuatkan suasana di sanatorium bertambah pilu malah ada yang turut menitiskan air mata.
Sejurus selepas itu, Choong dibawa dengan kereta polis untuk upacara persemadian anaknya di Krematorium Kek Look Seah di Bercham di sini.
Semalam, ibu itu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh anaknya yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Ahad lepas.

Pada 20 Ogos lepas, Choong didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak terbabit dengan memukul kepala dan seluruh badannya menggunakan rotan di kediaman mereka serta dituduh mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu di sini, pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. – BERNAMA
Tuesday, August 27, 2013
4:58 AM 0

Tidur Dengan Isteri Yang Sudah Mati Betahun-Tahun

Ramai yang berkata cinta tidak mengenal sempadan, tetapi cinta lelaki ini terlalu jauh. Seorang lelaki Vietnam yang telah tidur di sebelah mayat isterinya bagi tempoh bertahu-tahun yang lalu.
Le Van, seorang lelaki berusia 55 tahun dari wilayah Quang Nam, Vietnam, kehilangan isterinya pada tahun 2003. Kerana dia tidak dapat tidur pada waktu malam tanpa memeluk isteri tercinta, beliau tidur di atas kuburnya selama kira-kira 20 bulan. Apabila dia tidak dapat bertahan dari hujan dan angin lagi, beliau mengambil keputusan untuk menggali terowong ke dalam kubur, supaya dia boleh tidur dengan isterinya.
Apabila anak-anak mendengar rancangan gilanya, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghentikan dia, jadi Le Van terpaksa memikirkan cara lain supaya dia boleh duduk berdekatan dengan isterinya pada waktu malam. Pada tahun 2004 beliau menganbil mayat isterinya, dibungkus kan kedalam keping kertas dan acuan tanah liat dan meletakkan topeng dummy di wajahnya. Lelaki itu telah tidur di sebelah isterinya telah mati sejak itu.






Sunday, August 25, 2013
12:50 PM 0

Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun!

Ibu Kurung Anak Sakit Mental Dalam Gua Selama 30 Tahun! | ujian – Selama 30 tahun Dong Hai telah dikurung di dalam `gua’ oleh ibu bapanya selepas dia menunjukkan tanda-tanda menghidap masalah mental ketika remaja pada 1983.
Kini, Dong Hai yang berusia 46 tahun, tidak lagi menjejak kaki keluar dari kurungan diperbuat daripada batu bata itu, kerana ibu bapanya bimbang dia mungkin akan mencederakan orang lain.
Kurungan seluas lima meter persegi itu dibina di belakang rumahnya dan semua makanan disalurkan kepadanya menerusi lubang yang ditebuk di dinding batu bata itu.
Jika ingin mandi, ibunya akan menyemburkan air melalui lubang berkenaan.
Bapanya, Dong Watou dan ibunya, Xiao Hong kini sudah berusia 70 tahun, mulai bimbang dengan keadaan anak mereka itu.
Mereka sebelum ini pernah merayu kepada pihak hospital untuk membantu anak tunggal mereka, namun ditolak oleh hospital.
Selepas semua simpanan mereka dibelanjakan untuk rawatan Dong Hai, ibu bapanya tiada pilihan lain kecuali menghentikan rawatan tersebut.
Dong Watou Xiao Hong kini bekerja kampung untuk menyara kehidupan.
Tahun lepas, Dong Watou berkerja sebagai pengawal di tapak pembinaan namun dia bernasib malang apabila dipukul oleh pemandu mabuk.
Kejadian itu menyebabkan dia tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.
sumber: China Press
Saturday, August 24, 2013
9:02 PM 0

Bayi Aneh Lahir Di Mesir

Kadang kita dihadapkan kepada sebuah realiti kelahiran yang aneh yang ada di sekitar kita baik kelahiran yang dialami oleh binatang maupun manusia. Kelainan pada kelahiran boleh disebabkan oleh banyak hal seperti misalnya kelainan genetik ataupun akibat radiasi. Beberapa waktu yang lalu masyarakat Mesir dikejutkan sebuah kelahiran bayi laki-laki dengan struktur wajah yang tidak wajar. Anda boleh melihat ketidakwajaran bayi tersebut dalam foto-foto dibawah ini:






 sumber :Harian.net
Thursday, August 22, 2013
7:31 PM 0

Atuk, nenek brutal

Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang. 
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.
Foto
PETUGAS ambulans memeriksa kecederaan lelaki terbabit.

“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

sumber : Metro

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...