Searching...

Get This

Tuesday, October 1, 2013
7:08 PM 0

200 tinggal sehelai sepinggang

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah atas air yang mereka diami terbakar di Kampung Numbak, tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, lebih 70 rumah gagal diselamatkan selepas api merebak dengan pantas di kawasan berkenaan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Zuraidah Latip berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 1.37 petang, seramai 30 anggota dikejar ke lokasi kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, hanya lima rumah yang terbakar. Bagaimanapun api merebak dengan cepat sehingga menyebabkan beberapa rumah turut terbakar dalam kejadian ini.
Foto
LEBIH 70 rumah gagal diselamatkan selepas api merebak dengan pantas.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan kaedah kepungan untuk mengelak api daripada terus merebak ke kawasan lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini tadi.

Terdahulu, hampir seluruh penduduk sedang sibuk memunggah barang yang sempat diselamatkan termasuk terpaksa menggunakan perahu untuk mengangkut barang ke kawasan lain.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...